KAMI DAH KAWEN
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Third Birthday tickers
CERITA AMBO

Selasa, 24 Ogos 2010

Bahaya Botol Air Dalam Kereta

Assalamualaikum & salam ramadhan buat kalian seme..

IbuQis ada benda nk kongsi hr nih..Diharap apa yang dipaparkan ini dpt pedoman buat kita seme..Terutama sekali buat kita sebagai org perempuan.

IbuQis dpt info nih dr member opis..sama2 lah kita berjaga2 sebelum sesuatu tidak diingini berlaku..Sama2lah kita jaga kesihatan supaya dpt beramal ibadah kepadaNya..InsyaAllah..

Peringatan Utk Wanita:

Hai para wanita, air dalam botol plastik yang disimpan di dlm Kereta Anda, sangatlah berbahaya!!! !

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan membuat menyataan tersebut. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,terutama di Australia ...

Doktor berkata bahawa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.

Wallahualam.

Isnin, 19 Julai 2010

"Biarkanlah Air Mata Itu Menitis..."

Selingkar kisah “malaikat kecil”

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu, namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”. Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik." “Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun air mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!


Alhamdulillah..Kesah kat atas tue IbuQis dpt dr akak kat Opis nih..Bagus plak kalo share dgn kalian seme..harap2 dpt pedoman dr kesah tersebut..bersama2lah kita mencari jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t..Amin..

Jumaat, 9 Julai 2010

Rambut oh Rambut...


Assalamualaikum.
Pe khabar seme..harap beroleh kebahagiaan & keceriaan di hari Jumaat penghulu segala hari..heheh..hr jumaat juga la ymenguji kesabaran IbuQis..nk tau nape? pblem jem nk balik keje ptg nt..dgn hujan turun lagi..masyaAllah..sbar je la kena didik dlm ati nih..huhu..terus nk elak merungut dgn jalan jem & driver bus y racing, IbuQis tido je dlm bus..

Entry kali nih bukan about jalan jem..hehe..

Entry kali nih, IbuQis nk bercerita ttg rambut si jantung ati IbuQis..mmm..harapan nk toncang rambut & berfesyen2 rambut xdpt..huhu..nk tau nape..si jantung ati IbuQis xadarambut..xlebat mcm2 cousin2 die..lg2 kat dpn jarang bangat..adehhh..kesian kat si jantung ati ibuQis..Tapi xpe anakku, tutup aurat lg baik..mmg dituntut oleh Allah s.w.t..

inilah die si jantung ati IbuQis & AyhQis rambut jarang kat dpn..(ms umr 9bulan ritu)
ni gambar y latest..Qistina dgn dua pupunya..
So, untuk elak dr nampak pelik coz xada rambut..IbuQis beli skaf..tapi sebelum IbuQis ajar pakai skaf, Ibu dh ajar dr kecik pakai skaf bb y bergetah & y ikat tue..pastu raya plak IbuQis bg pakaikan tudung..disebabkan dr bb lg si jantung ati dh biasa ada benda kat kepala die dh jd biasa..AyhQis plak suka beli topi..mmg ada la juga topi girl y AyhQis beli..skrg dh byk bg kat cousin die topi y die pakai tue..dh xmuat..huhu..tp IbuQis xnk bg pakai topi tue..

SOOOOOOOOOO,,,,IbuQis try pakaikan skaf..mula2 skaf IbuQis beli..skaf wane pink..seb baik si jantung IbuQis ni jenis xbuka apa y die pakai kat kepala..Alhamdulillah..Kat bwh tue sebahagian stok skaf si jantung ati IbuQis..
ni sebahagian stok skaf si jantung ati IbuQis...
mmm...selasa mlm rabu lpas kami pegi la kat pasar mlm kat Kelumpuk Nuri..hehe..IbuQis gtau AyhQis nk beli skaf tuk Qistina..AyhQis ckp xyah la..dh byk..huhu..IbuQis ckp ada lg baju y xsepadan dgn skaf y ada tue..huhu..AyhQis ckp ikut la..so, kami pegi la kat 1gerai nih..makcik tu ckp kalo beli 1 rege die RM2.00 kalo beli 3 makcik bg RM5.00..so, IbuQis pn ambik la 3..si jantung ati pn dok NAK..NAK..NIH..hehe..die dh tau skaf tue beli tuk die..alhamdulillah..sudah mengerti anakku ini..
inilah die skaf y IbuQis beli wane biru terkos, pink terang & wane seakan2 peach..

Ramai y tegur si jantung ati.."baguslah budak Qistina xbuka tudung die"..bukan nk puji ank sendiri..tp mmg betul, kalo xsuh buka skaf tue mmg die xbuka..harap2 sampai ke besar la ye si jantung ati ku nih..hehe..ada makcik2 jiran umah IbuQis bagus tutup aurat..hehe..gelak je IbuQis cozIbuQis nk elak dr nmpk kepala die xde rambut..
ni seme skaf si jantung ati IbuQis
Runsing juga IbuQis nih ttg rambuut si jantung ati IbuQis xtumbuh mcm budak2 lain..mcm2 dok pk dgn AyhQis..skrg nmpk la lebat ckit je rambut si jantung ati IbuQis tue..nk kata IbuQis jarang rambut xla juga. AyhQis pn lebat kemain rambut die..entahlah..maybe Allah nk suh IbuQis ajar si jantung ati belajar menutup aurat ms kecik juga..ayat nk lari dr runsing dlm kepala nih..heheh..pernah juga dok share dgn AyhQis nk beli Yun NAm Hair Care..hehe..mcm2 la dlm fikiran nih..tp, org2 tua ckp, nt die dh besar lebat la rambut tue..biarkan je cm tue..so, kami ikut la..hehe..so, skrg suka juga tgk die pakai skaf tue..comel juga..ok la, itu je la y nk story rini..nt kita sambung lg di entry lain kali..Assalamualaikum.

p/s : esok hr minggu..luangkan ms bersama family..hepi2 sokmo..

Rabu, 7 Julai 2010

teknik terkini utk org liat bgn sahur..

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.
Harap seme sehat2 la ye serta bersemangat & cergas minda & fizikal untuk menghadapi 1bulan bulan puasa nanti..xlm lg dh..xsabar raseNya nk menanti bulan y diberkati Allah..Sama2 lah kita berebut mendapatkan ibadah diberkati Allah dibulan yang baik yakni
bulan Ramadhan..Entry kali nih, IbuQis nk kongsi 1kesah family nih..hehe..ni tuk org y liat bgn bersahur..IbuQis dpt email dr budak opis juga nih..huhu..just tuk hiburkan hati kita seme akn bakal menyambut bulan Ramadhan xlm lg..



untuk renungan kita bersama

Assalamualaikum.
Entry kali nih tentang email y IbuQis dpt dr member opis..Tq tuk member IbuQis send email tue..IbuQis harap sama2 la kita renungkan apa y tertulis kat bawah tue k..Cuba kita renungkan berapa byk dh amalan kita sepanjang kita berada di bumi pinjamanNya..Harap kita seme dpt perbaiki apa y kurang pada diri kita dan akn mendapat keberkatan & kerahmatan dariNya..Amin..

Hanya setitik tinta untuk renungan:


5 hakikat erti sebuah CINTA...secebis cuma

  1. Cinta kepada kehidupan kian lupa akan kematian.
  2. Cinta kepada dunia kita akan lupa kepada akhirat.
  3. Cinta kepada harta kita akan lupa kepada hari penghisaban Allah SWT.
  4. Cinta kepada mahligai dan Istana kita akan lupa kepada kubur.
  5. Cinta kepada manusia kita akan lupa kepada Yang Maha Pencipta Allah S.W.T.

5 Rahsia untuk Orang2 yang beriman...

Pesanan Imam Al-Ghazali:

1. Yang jauh itu masa.

2. Yang dekat itu mati

3. Yang besar itu nafsu.

4. Yang berat itu amanah.

5. Yang indah itu solat.

Ilmu itu adalah penyuluh kehidupan, walaupun ianya hanya sebaris ayat cuma tetapi amatlah berguna sekiranya dihayati dan diamalkan berbanding beribu2 ayat yang hanya bermain dimata tanpa diertikan keindahan maksudnya…>>TaTJ<<

Rabu, 30 Jun 2010

Che Aneesha..Echhaaa..

Assalamualaikum.
Entry kali nih, IbuQis nk story about ank buah IbuQis y comel lote kata org negeri IbuQis Kelantan darulnaim..heheh..Mmg kecik budaknya..hah..ni die BB comel lote tue..Hehe..time BB comel nih umur 5hr..tembam muka die..time nih keje die tdo je..IbuQis sempat la juga bermlm kat Hospital Kelaboran, Tumpat Kelantan..nk tau nape..BB nih nangis2 coz perut kembung..gara2 nurse bg susu formula coz nk suh akk IbuQis rehat coz ada darah tinggi..darah tinggi akk IbuQis time tue mencecah 200 bacaan darah tinggi die..xada rehat katakan..bb dok nangis je keje die..
Aneesha belajar pandang & cari orang..

Hah..ni bb comel nih dh 2 bualn sekarang..pandai senyum umur45hari..kalo nk tau bb nih dapat nama ms umur die 23hari..2pn puas dok mencari nama y sesuai..last2 sekali akk IbuQis akhirnya pilih list nama IbuQis bg..Hehe..nama saya Che Aneesha Bt. Che Azhar..hehe..Akk IbuQis sebelum nih dh simpan nama lelaki je..List nama lelaki akk IbuQis; Aus, Adib, Ammar, Akil & apa lg entah..akk IbuQis dok rasa bb kuar bb lelaki..last2 bb pmpuan..die xnk tau jantina masa scan..dr ank sulong lg cam gitu..huhu..xcam IbuQis..

Disebabkan lambat bg nama, biasa la akk IbuQis kena denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara coz lambat daftar nama ank..hehe..tp, denda RM5.00 je..tp RM5.00 dh kenyang dh kalo wat makan kan..hahah..tp xpe la nk y terbaik tuk bb..
Nama : Che Aneesha Bt. Che Azhar
Tarikh Lahir : 27.04.10
Time : 7.52pm
Tempat LAhir : Hospital Kelaboran, Tumpat, Kelantan
Berat lahir : 2.6kg
BErat Sebulan :2.8kg
Sekarang Dua Bulan : 3.9kg
Si Jantung Ati IbuQis called Aneesha...EEEchhaaaa..heheh.
Kalo kalian nk tau BB Aneesha nih ms nk kuar tgk dunia, tali pusat terbelit..nasib selamat..Alhamdulillah..Terkejut gak abg ipar tgk Aneesha time tuh..BB Aneesha xnangis pn time tuh..Cpt2 nurse potong tali pusat..Alhamdulillah dgn cpt tindakan nurse tue Aneesha selamat..
Hah..sekarang Aneesha dh berkepala botak..Genap 60 hr botakkan kepala..

Tengok la kepala BB Aneesha nih keras je..bila angkat die mcm budak2 besar dh..keras..terus bgn berdiri kalo pegang die..xtakut la kalo pegang..BB Aneesha nih cam Si jantung ati IbuQis ms bb dlu..tp y xsama heheh tang mandi..fullamak..BB Aneesha nih xleh kn air..terus melalak kuat..huhu..Si jantung ati IbuQis 2bulan dh mandi air paip biasa..

Inilah Adik Beradik BB Aneesha..

Sulong : Che Aleya Bt. Che Azhar

Tengah : Che Muhammad Amin Bin Che Azhar

Saya : Che Aneesha Bt. Che Azhar

Hehe..Si jantung ati IbuQis pn ada juga..die cibuk nk dok sebelah Echhhaaaa...

ENtah bila plak IbuQis dpt blk bercuti..Rindu kat korang kat kampung..nt tunggu Nyah pulang ek (panggilan ank buak kat IbuQis) hehe..InsyaAllah..Sebelum puasa..sekarang sibuk coz nk start Banci Penduduk & Perumahan..Okla seme, salam sayang dr IbuQis tuk anda seme..Assalamualaikum..

Selasa, 29 Jun 2010

KNF6898 satu2nya memori arwah ayah tinggalkan...

Assalamualaikum.
Mengantuk lagi..kat luar sana dh mendung & diramalkan akan hujan sekejap lg..hohoho..habis la kain IbuQis basuh mlm td dok di jemuran..byk plak tue IbuQis basuh baju..biasa la br pulang dr kampung katakan..hehhe..en3 td ibuQis tulis aktiviti Paprik Udang..hah..kali ni, IbuQis nk story ttg bot arwah ayh IbuQis..
Kalo nk tau bot arwah ayh nih umur die dh mencecah 30tahun..Sepanjang tempoh usia bot ayh nih, die dh byk berjasa pada keluarga IbuQis..dgn hasil laut menggunakan bot ayh ni la kami adik beradik dh berjaya sekarang dpt bina hidup dgn baik wlu x sekaya raya pun..alhamdulillah..sempurna hidup cuma y belum cukup adalah amal ibadah padaNya..InsyaAllah akan diperbaiki sehari demi sehari ke arah itu..Amin..
Berbalik pada story ttg bot td..bot arwah ayah pernah karam kat laut..sampai bot kawan arwah ayh tlg tunda tuk naik kat atas pantai di muka kuala..nasib baik ada pantai kat muka kuala..kalo x, habis la awak-awak(pakcik2 y kelaut dgn bot ayah)..igt lg, arwah ayh menangis tika bot die karam kat laut..ye la kami bergantung hasil pada bot tu je masa tue..lpas seme selamat..arwah ayah usaha plak dgn membaiki bot die..kesian tika tue tgk ayah..terpaksa berhutang hendak baiki bot..ye la katakan, coz bot nih satu2nya hasil titik peluh ayh & mek untuk dapatkan sebuah bot..kami sekeluarga bergantung pada hasil laut je tika tue..
mmm..tahun lepas sekali lg bot ayah karam kat laut..puncanya lunas kat bawah bot bocor..usaha taikong bot ayh kuarkan air dlm bot tue..nasib baik masa tue dh dekat nk sampai kat pantai..ombak plak kuat ms tue..awak2 cerita ombak kat laut pukul bot lebih kurang besar rumah banglo..ibarat la nk ckp betapa besarnya ombak tika tue..nasib baik ada bot lain pegi selamatkan taikong & Awk2 pakaikan tali then y kat atas bot lain tarik dieorg..alhamdulillah seme selamat..pastu abg IBuQis buat report kat Jab.Perikanan, Jab. Marine & Polis..seme turun bg bantuan..hehhe..
Kalo nk tau, ada sampai msuk paper sinar & metro kesah bot ayh nih..Biaslakan, bot dh berusia..mcm2 penyakit dpt..tp kami bersabar dgn ketentuanNya..coz kami sekeluarga sayang kat bot arwah ayah..Bot la satu2nya memori yang ayah tinggalkan tuk kami adik beradik..InsyaAllah ayah akan kami jaga dengan baik bot peninggalan ayah nih..kalo nk tau, bot ayah selalu dpat ikan besar2..favourite ayah..(tenggiri, parang, merah, aya, kerisi & macm2 la)..best sgt2 time blk kg dpt mkn ikan segar2..
Tu la sedikit sebanyak story sal bot arwah ayh IbuQis..kat bwh nih ada beberapa keping gambar sal bot ayh tgh naik dodh(masuk workshop) coz batang kipas patah..
KNF6898...bot kelas A...berusia mencecah 30tahun...ni lah naik dodh(workshop) yang bot dok kat ats kayu besar tue...

nilah batang kipas y patah & akan digantikan dgn y baru..tgh proses sekarang nih..

heheh..bergambar kenangan dgn KNF6898

heheh..si jantung ati & ayhQis pn ada juga

Si jantung ati IbuQis dok sebut Bot..bot..suka die tgk bot dok lalu dlm sungai..siap bye..bye lagi

inilah jeti y selalu kami guna masa dolu-dolu nk kepasar, kebandar & sekolah..tp jarang2 guna coz ada pengkalan utama tuk ke sekolah..

mmm..tu la sedikit sebanyak memori & story dr IbuQis tuk tatapan seme..kongsi kesah budak Pulau..huhu..IbuQis nih asal Pulau..hehe..nama blog IbuQis Rulah Island tue sempena asal usul IbuQis la..nt IbuQis cerita plak sal Rulah Island k..nk story sal balik kg dulu..huhu..ok la, jaga diri, tunaikan kewajipan kita sebagi umatNya..jangan lupa tgk ank2 kita dimana mereka berada sekarang..Assalamualaikum.

Isnin, 28 Jun 2010

Paprik Udang...

Assalamualaikum buat kalian seme..
Sebenarnya IbuQis mengantuk nih..Untuk hindar dr mengantuk nih & cuaca plak ok kat luar sana, IbuQis nk kongsi la masak memasak dgn ibu, umi, mami, mak & untuk golongan bapa pn blh juga nih..heheh..nih, menu IbuQis buat sendiri la..pernah ibuQis bw menu ni g opis mkn ramai2 dgn member..seme ckp sedap..huhu..xtau la sedap tang mane..hohoho..tp menu nih IbuQis tuju khas buat anda seme & terutama Ibu Non kat Kota Belud tue...
mmm..gambar kat bawah tue IbuQis ambik time cuti kat kg ritu..xtau nk wat lauk apa, so IbuQis buat Paprik Udang..hah..ni die..
Inilah bahan-bahan tuk buat Paprik Udang :
1. Udang
2. Bawang Putih (Tumbuk bg lumat cikit2 je)

3. Cili Padi (hiris@mayang)
4. Serai (hiris bulat2)
5. Tomato (hiris kecil2)
6. Daun Limau Purut (hiris kecil2)
7. Bunga Kobis
8. Daun Bawang & Daun Sup (hiris tuk masukkan dlm masakan & hidangan)
9. Garam
10. Perasa
Then, cara-cara untuk buat Paprik Udang :

1.Panaskan minyak

2. Masukkan bawang putih & cili padi

3.Setelah bawang putih & cili padi td dh agak2 kekuningan cikit, masukkan plak hirisan serai

4. Apabila bawang putih, cili padi & serai dh kekuningan & masak masukkan udang dan air

5. Masukkan garam & sedikit perasa (untuk y x amalkan perasa xyah masukkan)

6. Then, masukkan tomato yang di hiris td ( tomato letak banyak2 untuk kasi masam - IbuQis xpakai air asam limau, tomato semata2)

7. Masukkan daun limau purut (untuk kasi bau menyengat letak byk daun limau tue)

8. Lastly, masukkan bunga kobis (mana2 suka masukkan carrot blh juga)

9. Taburkan daun bawang & daun sup tadi (daun bawang & daun sup blh masukkan jg dlm masakan td)....mmm..siap tuk dimakan..besttttt..

Hehe..itulah menu y IbuQis nk kongsi tuk kalian seme..selamat mencuba ye terutama Ibu Non kat Kota Belud..huhu..Assalamualaikum..








Tak Puas Lagi Bercuti.....

Assalamualaikum.
Hai, seme..harap2 seme masih sehat untuk menjalankan tanggungjawab masing2 hendaknya..mmm..hr nih, IbuQis dtg keje setelah 5hari bercuti..hhuhu..balik kg..nk tau kat mane kg IbuQis..xlain xbuke(bukan) Tumpat, Kelantan..IbuQis tinggal kat Jalan Boustead dekat dgn Pasar Tumpat..mmm..mcm2 IbuQis & si jantung atidpt mkn mknan kampung..biasala dh rindu bangat makanan kat kg..Lg2 nasi belauk ike cobek(ikan cubik) sekor2 dlm periuk..ada jual kat Pasar Besar Tumpat..sedap..woooo..pastu x ketinggalan lakse(laksam), laksa lemak, koleh lemak ubi kayu, goreng pisang lembik y dh lama ditunggu2 & ABC RM1.50...Fuhhhh..sedap..4hr kat kg tiap2 pagi g beli mkanan..hahah..sampai org2 kg terkejut tgk IBuQis nih byk memborong..lepas rindu..nt entah bila plak dpt balik lama2 cam gitu..opppsss...lupe 1 lagi Apong Ripin (apam balik) mmg best..lain dr y lain la katakan..sate kak lah Tg.Duff..fuhhh..mmg best la seme..Sampai si jantung ati IBuQis anggguk ckp sedap..asyik nak..nak..syokkkkk la...
Huhu..bukan takat dpt mkn makanan y best..tp sempat jugak pegi tgk bot arwah ayah naik DOD(masuk workshop) coz rosak batang sat(batang kipas)..IbuQis sempat la pegi ambik gambar bot arwah Ayh IbuQis..suka la si jantung ati IBuQis dpt tgk bot tgh berjalan kat dlm sungai..siap say BYE..BYE..lg tu..Dgr tukang baiki bot ckp, bot ayah IbuQis kena tunda dari laut sampai ke darat nih..dieorg gtau makan masa sehari setengah baru sampai ke darat nih..kesian pekerja kat ats bot ayh IbuQis..seme xleh g kelaut lg coz bot xsiap baiki lg..InsyaAllah..next week ok dh..tq pakcik2 y keje kat ats bot arwah ayh IBuQis..
Lg nk bercerita nih, IbuQis sempat juga la pegi membeli apa y dipesan oleh member & ada y dibeli utk berniaga..huhu..blh la ckit2 ..tp IbuQis sempat pegi bebas cukai pengkalan kubur & pasar tumpat je..selebihnya dok urus Mek(mak) IbuQis kat umah..mmm..ms kat Pengkalan Kubur, mata IbuQis geram seme brg y ada kat situ..hehe..IbuQis sempat beli baju blaus..tp xgtau AyahQis pn..sori ye bang..hehhe..tp dh pakai masa balik semlm..ayhQis xbg pakai dh coz nmpak cm org pregnant..hehe..die ckp IbuQis dh gemuk..haha..xpe la janji, AyhQis xtau baju 2 beli kat Pengkalan Kubur..huhu..kalo x, membebel..hahah..tp IbuQis akn gtau juga nt..
Itu aje la y IbuQis nk kongsi cerita sepanjang IbuQis bercuti 5hari..Sebenarnya, IbuQis bw balik bibik baru tuk jaga Mak IbuQis kat kg..kalo xada tujuan mmg xblk kg lg..huhu..tp, rasa sekejap je dok kat kg..nk cuti lg...waaaaaaa....IbuQis janji, nt IbuQis akan upload gambar aktivit IbuQis sepanjang kat kg..
ok la, mana2 y ada IbuAyh kat kg tue jenguk2lah dieorg kat kg..dieorg rindukan kita..hargailah IbuAyh kita y menjaga kita dr kecil hingga kita berkeluarga..kalo y dh berkeluarga la..hehhe..okla, jaga diri bebaik seme..Assalamualaikum..

Ahad, 27 Jun 2010

Hargailah Ia Sebelum Terlewat

Assalamualaikum.
Dh lm IbuQis x bersama kalian seme. IbuQis nk kongsi article nih untuk panduan kita semua..harap2 seme dpt renungkan yang terbaik dlm diri..Article nih IbuQis ada dapat email dr Akak kat opis nih..IbuQis rasa article nih blh buat panduan kat kita semua, so IbuQis minta izin dgn akak opis tuk kongsikan dlm blog IbuQis nih..
Untuk anda semua. Renungkanlah..

"hargai lah Ia sblm terlewat...
"Jika seorang istri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya! Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya. Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Karena dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam ... Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, karena keputusanmu,kau merusak kehidupannya. Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis karenamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kaurasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?

Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN

" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "

Lalu TUHAN menjawab

" Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"..

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN'nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal

"...Apa itu Yaa TUHAN ??

Bahwa "Betapa BERHARGAnya dia"...

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA... Dan sangat berHARGa

Isnin, 21 Jun 2010

Taman Tasik Cyberjaya

22.06.2010

Assalamualaikum.
hai, seme..dh lama x berblog nih..Huhu..IbuQis dok gedek2 lg belajar sal blog nih..kalo ikutkan hati mmg tiap2 hari IbuQis nk bercerita..nk bercerita aktiviti y last week y bahagia & hepi buat IbuQis & si jantung ati..Hehe..last week, hr kamis IbuQis time off then jumaat tu plak IbuQis ambik cuti awl2 lg..IbuQis g jumpe bonda ada dtg kat Kl nih..tp bonda ada kat umah abg IbuQis di Cyberjaya..so, IbuQis & si jantung ati bermalam kat cyberjaya la..

Igtkan bibik sampai hr kamis..tp, tunggu punya tunggu agent kat Indon tel balik gtau sabtu plak..so, terpaksa la menunggu plak sabtu nanti..mmm..xpe la nk wat cne kan, perkara xleh elak..

So, ptg jumaat lepas balik umah pakcik kat Sg.Buloh IbuQis plan la nk bw si jantung ati & ank2 buah g main kat taman Tasik Cyberjaya..kat c2 mmg besar taman die..kawasan pn cantik..tenang je..ramai mat salleh, tok2 arab & negro kat dok jogging kat citu..maklum la ramai budak2 MMU & Limkokwing kat c2..mmg best sesgt kat citu..

Sepetang kat citu suka la kanak2 nih..lg2 si jantung ati IbuQis..Berlagak..seme die nk buat sendiri..geram rasa..hehe..tp budak lg kan..ikut je la..hehe..jgn xtau, IbuQis pn turut serta main gelongsor dgn ank2 cilik nih..suka la si jantung IbuQis..Gelongsor kat citu mmg besar..sampai akak IbuQis pn ikut serta juga..hahah..
IbuQis ada la ambik gambar..tp xleh nk upload la plak..nt lain x IbuQis upload gambar nye k..
Itu sahaja la xtiviti sepanjang jumaat..

Jaga diri seme ek..tgk anak2 kita dimanakah mereka semua..Assalamualaikum..

Selasa, 15 Jun 2010

Kawan IbuQis kawen

kami bertiga..eheh..berempat dgn ank IbuQis..

inilah die kawan IbuQis..y tudung hitam tu lg y xkawen..nt giliran die plak..heheh
12hb Jun 2010
Assalamualaikum. Apa khbar seme..harap dlm limpahan kerahmatanNYa selalu hendaknya..
IbuQis dh lm xbercerita kan..tahniah buat seme kawan2 IbuQis y keje 1 opis nih, y study di UMS-KAL, y sekolah menengah & sekolah rendah y telah selamat bertunang & berkahwin musim cuti sekolah nih..seme dok kalut dgn kenduri kendara kan..ishhh..igt plak time IbuQis 2 tahun lepas..hehe..time cuti sekolah juga..semoga kalian seme mendapat kebahagiaan sehingga ke akhir hayat hendaknya..amin..
IbuQis sempat juga pergi kat kenduri kawen kawan baik IbuQis..Hepi sgt2 kawen jg kawan IbuQis nih..Alhamdulillah..die nih mcm2 episod kalo nk dgr cite die couple dgn nih, nk bertunang..last2 xjd..Tp, alhamdulillah Allah telah buka pintu hati kawan IbuQis nih..
Tp, nk g umah die, masyaAllah..jauh bangat..Kat saujana utama, sungai buloh..Igtkan dekat je..haha..seb baik IbuQis tolak awl pg..heheh..nk tau kul bpe..kul6.20am IbuQis tolak dr rumah coz kul9.00am AyhQis keje..membebel AyhQis coz jauh sgt..igtkan sesat mula tue..tp kena masuk kedalam lg..kalo korang tau dekat2 nk masuk Hulu Selangor tue..Tp bila dh masuk kedalam..mak ai..byk giler rumah teres & apartment..heheh..patut la ms nk msk tue tgk ada bus Metrobus msk..tp janji samapi juga akhirnya kat majlis kawanku, Eli Nurlaiha Ahris..IbuQis syg bangat kat Eli..
So, kpd kalian y berkahwin cpt2 la usaha perkembangkan keluarga..hehe..faham la ye..bg y bertunang cpt2 la langsungkan majlis..xelok bertunang lama2..huhu..kena byk bersabar dlm mengharungi kehidupan bersama2 pasangan..semoga bergembira & bahagia selamanye..Assalamualaikum..

Isnin, 31 Mei 2010

Akhirnya...Bertemu Jua Dua Insan

Assalamualaikum.
Akhirnya...Bertemu Jua Dua Insan..Syukur padaNya coz IbuQis dh dapat contact balik dgn kawan baik IbuQis sorang  nih..sekian lama IbuQis mencari kawan baik IbuQis nih..ye la masa sekolah rendah die pindah, terus xjumpe2..hr nih,,Allah nk tunjukkan pertemuan & doa IbuQis selama nih..last2 sekali IbuQis Jumpe kat dalam Facebook IbuQis..Alhamdulillah..Nama kawan IbuQis nih NorAziah Abd Wahab..die org Pulau Pinang..


15tahun kami berpisah..td dh bercakap dgn die..tp masa nk call die pn mcm2 juga dugaan..masuk voicemail la..frust jg td..hehhe..last2 die y call IbuQis..hepi sgt2 td & tuk hari nih..ye la macam2 cara dh IbuQis cuba cr die..tp xdapat..sedih juga..last2 die add IbuQis kat FB..hepi woooo..nk nangis pn ada..ni IbuQis xjumpe lg die nih..kalo jumpe xtau la cne nt..heheh..td die gtau die dh ada ank dh..dh 2 tahun dh ank die..sampai kami ada ank baru bertemu balik..huhu..


kalo nk tau ibu Aziah punya laksa penang fullamak..mmg ori & tangkap lentok arr..best punya..sampai skrg igt lg..ms nk pindah dl pn, Aziah nih siap bg gambar mak abh die & gambar die dgn adik bongsu die..hehe..2la pengubat rindu IbuQis kat die..
Terima kasih Ya Allah..kerana pertemukan kami berdua..IbuQis bersyukur sgt2..Perpisahan bertemu kegembiraan akhirnya..Akhirnya..Bertemu Jua Dua Insan...
Wassalam..

Ahad, 30 Mei 2010

Keuzuran

Assalamualaikum.
Hai, pe khabar seme..harap2 seme sihat la ye..Syukur alhamdulillah hr nih dh last bulan Mei..cepat je masa berlalu..hr nih IbuQis start keje balik..huh..4 hari kat rumah..igt kat umah dapat la berehat,,,mmm...tp sangkaan tue xbenar belaka..biasa la isteri n ibu kan..xleh dok diam kalo kat umah..dapat MC pn bkn blh dok rehat pn..kesian kat  si jantung ati IbuQis..

Rabu lepas (26.5.2010) IbuQis ambik time off coz sakit pinggang teramat sangat..mlm sebelum tue dh xleh bergerak langsung..hanya Allah yang tau apa y IbuQis rasa..huh..sapa2 y penah alami sakit pinggang tau la cne kan..huh..cam sakit pinggang ms pregnant dulu..masuk je opis dh rasa sakit..tp wat xtau je..bila duduk lama2 kat ats kusi,masyaAllah sakit wey..so, IbuQis minta pelepasan dgn pegawai nk ke kinik..kalo nk tau sebelum nih,,IbuQis sakit jg pinggang, tp blh tahan lg..y ni mak ai...xleh weyyyyy..rasa cam org tarik2 je urat pinggang nih...

Lepas tue, dpt je pelepasan dgn pegawai IbuQis minta tolong kawan g hantar kat kinik putrajaya (tq mahani hantar IbuQis ke kinik)..so, IbuQis tunggu la kul 2pm nk masuk bilik doktor..seb baik ritu Doktor pompuan..tp rasa xpuas juga coz check gitu2 je..IbuQis cite jg ler sal sebelum nih penah krem kat ketiak, dada n perut..doktor cakap IbuQis nih blh dikatakan penyakit saraf jg..coz selalu krem dekat ketiak, dada & perut..So, doktor nasihat kan IbuQis suh g spital utk rawatan lanjut kalo kena krem cam tue lg..die takut akan effect lumpuh sikit2..masyaAllah..terkejut juga masa doktor cakap tue..ye la IbuQis masih muda lg..balik je, IbuQis ada cite kat AyhQis..risau juga die..InsyaAllah xada apa la..

Keesokan hari (27.5.2010) pulak IbuQis x g juga keje..sakit lg..AyhQis suh rehat je..heheh..membebel AyhQis..die ckp nk g keje lg sakit2 pn..so, kena ikut perintah la..mmm..kat umah pn bkn leh dok diam juga..ye la rumah bersepah..dgn si jantung ati lapar lg..nk kena masak juga..huhu..xpe pengorbanan seorg Ibu katakan..heheh..

Sekarang, alhamdulillah..dh beransur pulih..hehhe..tp IbuQis kn berhati2 juga..takut datang balik..doktor ada bg ubat kalsium, vitamin, tajhan sakit & ubat sapu..heheh..cam ubat ms pregnant je doktor bagi..heheh..tue ubat dari kinik swasta..y kinik kerajaan tahan sakit & sapu je..doa2kan IbuQis sehat cam biasa..kesian kat si jantung ati & AyhQis..huhu..i love u berdua sgt2..Wassalam.

Selasa, 25 Mei 2010

25.05.2010 & 26.05.2010 Ulangtahun Ke-2 Perkahwinan

Assalamualaikum.
Syukur alhamdulillah hr nih genap usia perkahwinan IbuQis & AyhQis 2 tahun..Rasa bahagia, hepi, syok & mcm2 feel la tika nih..hehhe..xsangka dh 2 tahun sudah berlalu perkahwinan..cepat je masa berlalu..ayahanda pergi mengadap ilahi pn dh 2 tahun jg..semoga ayahanda d tempat org2 yang beriman & berada dikalangan org2 y soleh..amin..
hehehe..pg2 lg dh wish kat abg@hubby ( AyhQis )..die senyum je..die ckp dr mlm td lg dh tau & nk wish..tp biasa la AyhQis ni ego je lebih..huhu..biasa la org laki kan..tp xpe la..at least AyhQis msh igt tarikh keramat nih..tq my hubby..i love u so much...tq coz menyayangi syg...semoga ikatan terjalin sah ini berkekalan hingga ke akhir hayat kita..amin...
gambar nih tika IbuQis pregnant 4bulan..time raya nih..ni la AyhQis (My hubby @ abg panggilan kat umah) heheh..masa ni dua2 xberisi lg..sekarang..hahha..dh jd chubby dh..
ini plak si jantung ati IbuQis & AyhQis, NUR QAISARA QISTINA..heheh..ni pn gambar lm juga..ms Qis umr 3bulan  
ni masa raya puasa ritu..anak ayah nih..hehehe
inilah kami sekeluarga..hehe..Qis yang xada rambut..
Ya Allah berkati la kehidupan kami sekeluarga ini. Berilah keteguhan iman dlm diri kami sekeluarga supaya dapat menunaikan amal ibadat mu dgn sempurna..perteguhkanlah ikatan ini supaya mendapat zuriat yang soleh&solehah&cerdik akal fikiranya..Aku bersyukur dgn apa yang engkau berikan kepada kami sekeluarga selama ini..Semoga berkekalan ikatan ini buat selamanya.Amin.
Wassalam.

9.5kg ( 24.05.2010 )

Assalamualaikum.
Alhamdulillah..keje dh settle..IbuQis nk menulis la plak sebelum dpt keje lain. Semalam IbuQis xdtg keje, bawa si jantung ati g kinik. Appointment x ni just timbang berat je. 23.08.2010 plak appointment, tp bukan timbang dh..hehehe..kena cucuk plak. tp si jantung ati IbuQis xpe, die xnangis kena cucuk..tp xtau la plak bulan Ogos nt menangis plak. huhu..harap2nya x la..InsyaAllah,,bln Ogos nt AyhQis plak y bw si jantung ati, Qistina ke kinik..hehhe..gilir2..sebelum ni pn AyhQis dh penah bawa si jantung ati ke kinik..rasanya x kekok dh..


Semalam hati IbuQis berdebar2 jg nk tau berapa berat si jantung ati nih..dalam kepala IbuQis agak2nya dh cecah 10@11kg la..malam sebelum tue pn dh sembang dgn AyhQis sal berat si jantung ati nih..hehehe..tunggu punya tunggu dh tau la semalam result timbangan si jantung ati ayah & ibu..Semua ramalan IbuQis & AyhQis salah..hahaha..berat je lebih sijantung ati Ibu & Ayh..timbang ringan je..


Masa suh sijantung ati buka kasut naik kat atas penimbang, ati IbuQis rasa nk pecah..hehehe..dup.dap.dup.dap..suspen je kan..tgk2 berat NUR QAISARA QISTINA 9.5kg & tinggi 81cm gtau nurse..IbuQis siap ty sekali lg kat nurse. betul ke 9.5kg? igt nk suh timbang sekali lg..huhu..nt tkt kn sound plak..siap sengeh2 lg si jantung IbuQis dpt naik kat penimbang..IbuQis ingatkan dh 10kg@11kg dh..tapi 9.5kg..dalam ms 3 bulan si jantung ati naik 1.2kg dr 8.3kg sebelum ni..hehe..ank2 org lain umur 8bln ada y 7kg & ada jg y 9kg tau..tapi,,IbuQis syukur alhamdulillah coz si jantung ati sihat & semakin pandai sekarang..tp, xpe jg xberat sgt pn. hehe..nt xlarat plak kalo berisi sgt..betul x?
So, walaupun si jantung ati makan byk pn bdn die akan maintain cam g2 je..xberapa naik & xberapa turun sgt.
ok2 je beratnya..


Kepada ibu,umi,mamy,mama yang belum @ terlupa bw ank2 appointment setiap bulan, cpt2 la buka kad biru @ pink anak2 tgk date appointment tue bila..kalo belum, segera la ke kinik tuk kesihatan ank2 kita bersama..harap2 seme beroleh kehidupan yang sihat berpanjangan..ok la..tata..Assalamualaikum..

Jumaat, 21 Mei 2010

Ice Room..Yummy..Yummy..

Assalamualaikum..


Hai,,seme..
Hr ni IbuQis & member2 sempat g lepak kat Ice Room kat Nilai...hehehe..Biasa la,,hr ni kan rehat panjang..
Sape2 x g lg kat Ice Room nih,,silalah pego..mmmm...yummy..yummy..besttttt..
                                                ni buku menu d Ice Room..mcm2 ada..hehehe


                                               hah....ini dia ice cream mcm2 perasa..bestttttt
                                  ini lah menu y IbuQis order..Peanut Ice Cream & Tiramisu Cake
                                        ( Mak Buyung tgh menyandar kat belakng tgh tgu order )
                            mmmm...yummy..yummy..inilah hasil order IbuQis & Member...best sesgt..
                                                       ( xsabar nk terkam masuk mulut nih...)


                                hehehe..inilah hasilnya..tinggal daun je..mmg pulun habis la kitaorg...huuhu
sebelum balik, perut pn dh kenyang..xsah kalo xbergambar..inilah kami...tapi adk y tangkap gambar nih xmasuk dlm gambar nih..tanpa usaha jitu die rasanya IbuQis xdapat rasa Ice Room nih..tenkiu tuk seme & tuk adk tangkap gambar nih..huhuu..
                                                 hehhe..sebelum masuk kete nk balik..pose...
                      ni perjalanan balik ke opis dgn tenang hati pn senang perut pn kenyang..then...(tgk kat bawah)
 hehehe..ini lah peel IbuQis yang selalu AyhQis bobel kan...masuk je kete lentok..tambah2 perut                           kenyang...sampai AyhQis anak pun ikut oerangai IbuQis..hehehe..nk wat cne kan..


So,,kepada seme yang terbaca blog IbuQis & yang ada anak2 boleh la bawa g Ice Room nih..best sgt2..lg2 kalo ank2 kita dapat minum ice cream..IbuQis pn nk bawa ank IbuQis, Qistina dtg makan ice cream kat cni..
Apa2 pn..terima kasih kepada member yang turut serta tengahari td..nt kita pegi lg k..okla,,jupe lg..Bye..Wassalam.
DESIGNby : PUAN SUE - All Rights Reserved : BLOG AMBO=BLOG SAYA