KAMI DAH KAWEN
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Third Birthday tickers
CERITA AMBO

Isnin, 19 Julai 2010

"Biarkanlah Air Mata Itu Menitis..."

Selingkar kisah “malaikat kecil”

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat" "Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"

Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"

Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu, namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.
"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.


Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”. Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik." “Itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun air mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!


Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR!


Alhamdulillah..Kesah kat atas tue IbuQis dpt dr akak kat Opis nih..Bagus plak kalo share dgn kalian seme..harap2 dpt pedoman dr kesah tersebut..bersama2lah kita mencari jalan yang diredhai oleh Allah s.w.t..Amin..

Jumaat, 9 Julai 2010

Rambut oh Rambut...


Assalamualaikum.
Pe khabar seme..harap beroleh kebahagiaan & keceriaan di hari Jumaat penghulu segala hari..heheh..hr jumaat juga la ymenguji kesabaran IbuQis..nk tau nape? pblem jem nk balik keje ptg nt..dgn hujan turun lagi..masyaAllah..sbar je la kena didik dlm ati nih..huhu..terus nk elak merungut dgn jalan jem & driver bus y racing, IbuQis tido je dlm bus..

Entry kali nih bukan about jalan jem..hehe..

Entry kali nih, IbuQis nk bercerita ttg rambut si jantung ati IbuQis..mmm..harapan nk toncang rambut & berfesyen2 rambut xdpt..huhu..nk tau nape..si jantung ati IbuQis xadarambut..xlebat mcm2 cousin2 die..lg2 kat dpn jarang bangat..adehhh..kesian kat si jantung ati ibuQis..Tapi xpe anakku, tutup aurat lg baik..mmg dituntut oleh Allah s.w.t..

inilah die si jantung ati IbuQis & AyhQis rambut jarang kat dpn..(ms umr 9bulan ritu)
ni gambar y latest..Qistina dgn dua pupunya..
So, untuk elak dr nampak pelik coz xada rambut..IbuQis beli skaf..tapi sebelum IbuQis ajar pakai skaf, Ibu dh ajar dr kecik pakai skaf bb y bergetah & y ikat tue..pastu raya plak IbuQis bg pakaikan tudung..disebabkan dr bb lg si jantung ati dh biasa ada benda kat kepala die dh jd biasa..AyhQis plak suka beli topi..mmg ada la juga topi girl y AyhQis beli..skrg dh byk bg kat cousin die topi y die pakai tue..dh xmuat..huhu..tp IbuQis xnk bg pakai topi tue..

SOOOOOOOOOO,,,,IbuQis try pakaikan skaf..mula2 skaf IbuQis beli..skaf wane pink..seb baik si jantung IbuQis ni jenis xbuka apa y die pakai kat kepala..Alhamdulillah..Kat bwh tue sebahagian stok skaf si jantung ati IbuQis..
ni sebahagian stok skaf si jantung ati IbuQis...
mmm...selasa mlm rabu lpas kami pegi la kat pasar mlm kat Kelumpuk Nuri..hehe..IbuQis gtau AyhQis nk beli skaf tuk Qistina..AyhQis ckp xyah la..dh byk..huhu..IbuQis ckp ada lg baju y xsepadan dgn skaf y ada tue..huhu..AyhQis ckp ikut la..so, kami pegi la kat 1gerai nih..makcik tu ckp kalo beli 1 rege die RM2.00 kalo beli 3 makcik bg RM5.00..so, IbuQis pn ambik la 3..si jantung ati pn dok NAK..NAK..NIH..hehe..die dh tau skaf tue beli tuk die..alhamdulillah..sudah mengerti anakku ini..
inilah die skaf y IbuQis beli wane biru terkos, pink terang & wane seakan2 peach..

Ramai y tegur si jantung ati.."baguslah budak Qistina xbuka tudung die"..bukan nk puji ank sendiri..tp mmg betul, kalo xsuh buka skaf tue mmg die xbuka..harap2 sampai ke besar la ye si jantung ati ku nih..hehe..ada makcik2 jiran umah IbuQis bagus tutup aurat..hehe..gelak je IbuQis cozIbuQis nk elak dr nmpk kepala die xde rambut..
ni seme skaf si jantung ati IbuQis
Runsing juga IbuQis nih ttg rambuut si jantung ati IbuQis xtumbuh mcm budak2 lain..mcm2 dok pk dgn AyhQis..skrg nmpk la lebat ckit je rambut si jantung ati IbuQis tue..nk kata IbuQis jarang rambut xla juga. AyhQis pn lebat kemain rambut die..entahlah..maybe Allah nk suh IbuQis ajar si jantung ati belajar menutup aurat ms kecik juga..ayat nk lari dr runsing dlm kepala nih..heheh..pernah juga dok share dgn AyhQis nk beli Yun NAm Hair Care..hehe..mcm2 la dlm fikiran nih..tp, org2 tua ckp, nt die dh besar lebat la rambut tue..biarkan je cm tue..so, kami ikut la..hehe..so, skrg suka juga tgk die pakai skaf tue..comel juga..ok la, itu je la y nk story rini..nt kita sambung lg di entry lain kali..Assalamualaikum.

p/s : esok hr minggu..luangkan ms bersama family..hepi2 sokmo..

Rabu, 7 Julai 2010

teknik terkini utk org liat bgn sahur..

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia.
Harap seme sehat2 la ye serta bersemangat & cergas minda & fizikal untuk menghadapi 1bulan bulan puasa nanti..xlm lg dh..xsabar raseNya nk menanti bulan y diberkati Allah..Sama2 lah kita berebut mendapatkan ibadah diberkati Allah dibulan yang baik yakni
bulan Ramadhan..Entry kali nih, IbuQis nk kongsi 1kesah family nih..hehe..ni tuk org y liat bgn bersahur..IbuQis dpt email dr budak opis juga nih..huhu..just tuk hiburkan hati kita seme akn bakal menyambut bulan Ramadhan xlm lg..



untuk renungan kita bersama

Assalamualaikum.
Entry kali nih tentang email y IbuQis dpt dr member opis..Tq tuk member IbuQis send email tue..IbuQis harap sama2 la kita renungkan apa y tertulis kat bawah tue k..Cuba kita renungkan berapa byk dh amalan kita sepanjang kita berada di bumi pinjamanNya..Harap kita seme dpt perbaiki apa y kurang pada diri kita dan akn mendapat keberkatan & kerahmatan dariNya..Amin..

Hanya setitik tinta untuk renungan:


5 hakikat erti sebuah CINTA...secebis cuma

  1. Cinta kepada kehidupan kian lupa akan kematian.
  2. Cinta kepada dunia kita akan lupa kepada akhirat.
  3. Cinta kepada harta kita akan lupa kepada hari penghisaban Allah SWT.
  4. Cinta kepada mahligai dan Istana kita akan lupa kepada kubur.
  5. Cinta kepada manusia kita akan lupa kepada Yang Maha Pencipta Allah S.W.T.

5 Rahsia untuk Orang2 yang beriman...

Pesanan Imam Al-Ghazali:

1. Yang jauh itu masa.

2. Yang dekat itu mati

3. Yang besar itu nafsu.

4. Yang berat itu amanah.

5. Yang indah itu solat.

Ilmu itu adalah penyuluh kehidupan, walaupun ianya hanya sebaris ayat cuma tetapi amatlah berguna sekiranya dihayati dan diamalkan berbanding beribu2 ayat yang hanya bermain dimata tanpa diertikan keindahan maksudnya…>>TaTJ<<

DESIGNby : PUAN SUE - All Rights Reserved : BLOG AMBO=BLOG SAYA