KAMI DAH KAWEN
Daisypath Anniversary tickers Lilypie Third Birthday tickers
CERITA AMBO

Khamis, 14 April 2011

*** Rezeki Hari Jumaat ***

Assalamualaikum.


Alhamdulillah..syukur padaNya kerana diberi peluang untuk menghirup udara hari nih..

aummm..n3 kali nih, IbuQis nk gtau pasal tajuk kat ats tue..cuba tengok kat bawah nih...
:
:
:
:
:

Dua-dua makanan tue rezeki tuk IbuQis & kawan2 kat opis nih..Rezeki penghulu segala hari, Hari Jumaat..ini dinamakan rezekikan.,Alhamdulillah..syukur kepadaNya..IbuQis nk ucapkan terima kasih pada Umiey Wafiy dan Hafizah dengan makanan diatas itu..Jumaat depan bawa lagi k..hehe..
:
:
:
:
:
Ubi Celembu import dari Jakarta Indonesia
(Manis-dieorang rebus dengan madu)
Ubi Celembu pemberian oleh Umiey Wafiy

Cupcake Red Velvet
Pemberian Hafizah

cantikkan..mmm..bestt..

Oklah, memang sedap dua makanan diatas itu..lepas makan nasi goreng td, IbuQis makan menu di atas itu utk pencuci mulut..Alhamdulillah..semoga rezeki kita dapat hari ini kita manfaat dengan sebtulnya walau dalam bentuk makanan @ benda lain pn..kita patut bersyukur dengan pemberian Allah s.w.t..

Okla..kita jumpe lagi di segmen lain pulak..tata..Assalamualaikum

.. .. .. .. .. .. Bobelan IbuQis .. .. .. .. .. .. .. ..

*** Mahu Masak Apa Utk Bekalan Puteri Kesayangan ke School Esok ***

Assalamualaikum.

hai..hai..hai..
wallaweyyy..nape la sejuk bangat opis nih..bila dh sejuk, perut mula la lapar dan mata pun
bertemankan mengantuknya..merepek dah IbuQis nih..

Lambatnya jam di dinding menunjukkan jam 5pm..nk wat keje pon malas dh..
Allahuakhbar..MasyaAllah..mmg mengantuk tahap apa ntah nih..

Malam nih nk masak apa ek..Dlm freezer kt umah nun, ada udang & ikan kembung je..nk buat lauk tuk puteri kesayangan bw g school esok..

ini hasil tangkapan bot arwah ayah IbuQis

IbuQis dan AyhQis diet..Kami xmakan malam..Tapi, lemak bergelimpangan bak kata AyhQisIbuQis..hehe..lemak bergelimpangan pon, sayang abang jugak kan..kihkihkih..

IbuQis igt nk buat singgang ikan kembung..Tapi, tomyam pon sodap jugak nih kalo nk tgk puteri kesayangan mkn banyak..hehe..suka la BBsitter puteri kesayangan IbuQis masak..huhu..bukan apa IbuQis nk bg puteri kesayangan chubby ckit..

Qistina di alam usia 10bulan, sikalang dh 2tahun ankku ini

mmm..buat singgang la ek..next week buat tom yam plak..pastue gulai kurma ayam..pastue ikan gulai lemak kuning..pastue xde dh menu..pening..haha..

ok la..jumpe di lain n3 plak..
Tata..assalamualaikum

.. .. .. .. .. Bobelan IbuQis .. .. .. .. .. ..

Rabu, 13 April 2011

*** Dahsyatnya Doa Seorang Ibu--suatu pengqjaran ***

Assalamualaikum.

N3 kali nih, IbuQis nk sama2 baca info nih. IbuQis dpt info nih dr kawan opis y die forwardkan tuk IbuQis.

Dear All,

Satu peringatan yang baik

Assalamualaikum Semua,

Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. So kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutanceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Ditakdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagianyang ada tanda **** ..

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

- Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.

- Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.

-*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

- Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

- Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
1.Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
2. Membaca quran sehingga menitis air mata.
3.Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.

- 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
1. Anak.
2. Ibu.
3. Suami/isteri.

- Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami/isteri sampai nak bercerai, tgk lah muka laki/bini kita tika dia tidor - kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua - maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut..

- Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis dihari kematian ibunya... kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masihada ibu, pandang lah ibumu selalu.

- Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.

- Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.

- Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah
memadai.

- *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.

- Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal" .

- "Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini".

- *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

- Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.

- Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,,lps tu bicaralah dengan Allah..

- "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"

- "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini" .Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

- *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup
atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

- Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.

- *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
## Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok,kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .

- Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.

- Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

- Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

- Bila nak berbelanja @ shopping <http://mc/compose?to=berbelanja@shopping> always spare duit untuk sedekah
kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini
untuk kita dapatkan pahala!.

- *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah,aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

- Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

- *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

- Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

- Selalu Bergaduh Dengan Ibu
.. Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
.. Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
.. Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.

- Symptom terkena saka:
.. Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
.. Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
.. Susah nak dapat anak, senang gugur.
.. Ada rasa kelibat orang lalu.
.. Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

- Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

- Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

- 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.

- Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.

- Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.."Qulhuwallahuahad..." 1000x sehari.

- Anak Lari Dari Rumah
.. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.
.. Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.

- Anak Degil
.. *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguhmenakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

- So sama2lah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam....

*** Ikan Bawal Masak Kicap ***



Assalamualaikum.
N3 kali nih IbuQis nk berceloteh tentang makanan pulak.. Adalah mlm td IbuQis masak lauk tuk puteri kesayangan bawa bekal ke school..Nk tau apa yang IbuQis masak. Jeng..jeng..Ikan Bawal Masak Kicap..Mesti masakan IbuQis xsama dengan kalian kan..ini menu dari turun temurun..resepi nih dari arwah ayah IbuQis..Arwah pandai masak..Mek IbuQis pon belajar dengan arwah bab2 masak nih..Almaklumla, Mek IbuQis kawen awal xtau lg bab2 masak..orang2 dolu..kihkihkih..sekarang ank2 arwah boleh dikategorikan boleh masak la wlu lelaki @ perempuan..

Okla, jom kita saksikan sekarang bahan2 & cara2 nak buat Ikan Bawal Masak Kicap..Jom kita..kehkehkeh..tengok gambar dulu...

ini adalah sebahagian bahan2nya JOM JENGUK KAT BAWAH PLAK
:
:
:
:
:
:
:
Bahan-bahannya:
1..Ikan Bawal
2..Bawang kecil @ bawang merah
3..Bawang Putih
4..Cili Kering (mlm td sebab nk buat tuk puteri kesayangan IbuQis makan, IbuQis letak cili merah. Lagi suka letak cili kering)
5..Halia
5..Buah pelaga
6..Santan
7..Kicap
8..Air asam jawa & belacan
9..Bawang besar
10..Tomato
11..Garam secukup rasa
:
:
:
:
:
Cara-cara membuatnya:

Ikan mesti letak garam kunyit dahulu

Lepastu, goreng ikan sederhana garing

Then,,,
Bahan sebelum dimesin

Bahan selepas dimesin. Inilah bahan2 y nk ditumis
( kat sini xada buah pelaga IBUQIS LUPA NK LETAK...soriiii)

Panaskan minyak sehingga agak2 panas

Pastue masukkan bahan2 dimesin tadi

SEPATUTNYA TUMISKAN BUAH PELAGA DAHULU SEBELUM MASUKKAN BAHAN2 YANG DIMESIN...IBUQIS LUPA NK LETAK MLM TD..

Setelah agak2 bahan2 mesin tadi dh masak, seterusnya...

Masukkan santan sedikit

Lepastu, masukkan kicap
(santan beku import dari peti ais)

Selepas dh agak2 kehitaman, masukkan garam secukup rasa ( jangan byk sgt letak garam coz td dh letak kat ikan yang digoreng)..Seterusnya,,,,,


masukkan ikan bawal td yang digoreng separuh garing
Lepastue masukkan bawang besar & tomato
(xnak letak pon xpe..tp,,IbuQis suka letak)

Sekarang,,,jeng..jeng..dah siap Ikan Bawal Masak Kicap...Boleh dihidangkan...mmm..

Ikan Bawal Masak Kicap Turun Temurun

Penat sungguh masak nih..hehe..tapi,,,syokkkkk..dapat IbuQis bawa bekal ke opis juga..ada lebih..hehe..harap2 puteri kesayangan IbuQis mkn nasi banyak2 ye hari nih..Esok ingatnya nk masak Ikan Kembung Singgang..InsyaAllah..

Buat tatapan ibu2,umi2,mama2 & terutama sekali Ibu Nonie di Kota Belud, Sabah tue..cubalah buat ini resepi dari IbuQis yang xseberapa ini..InsyaAllah..nt IbuQis update masakan lain plak..

Okla, nk rehat jap..penat nih memasak tuk kalian..hehe..
Tata..Assalamualaikum.


.. .. .. .. .. .. .. Bobelan IbuQis .. .. .. .. .. .. .. .. .. ..

Isnin, 11 April 2011

***Terima Kasih Daun Keladi***

Assalamualaikum dan selamat pagi.

uisshhh..sejuk sungguh opis nih..rasa nk pasang unggun api kat dlm opis nih..buat ala-ala omputeh..hehhe..tp,,,mana boleh..ini bukan opis IbuQis..ini hak milik kerajaan sepenuhnya..hahha

Buat adik Sue terima kasih daun keladi, lain kali nk lagi...hehe..

Kalo nk tau adik Sue nih yg tlg buatkan header blog IbuQis nih..kalo IbuQis buat y simple2 je coz xreti nk hias2 bagai..Adik Sue nih die kreatif & inovatif orgnya..bab2 design nih kasi 100% la kat die..mmg terror merror la die..hehe..Kalo nk tau lagi, die bakal jadi pengantin baru xlm lagi..haha..(xbpe hari je lagi dik Sue oiiii..prepare la apa patut..igt kata2 kct..hehhe..) IbuQis doakan semoga dik Sue berbahagia sampai akhir hayat bersama Mr.Green..

Sekali lagi IbuQis nk ucapkan terima kasih coz tlg buatkan header tuk IbuQis..Ia sungguh cantik sekali..nt nk kasi apa die tuk dik Sue nih???

Ok...nt berjumpa lagi dilain n3..Tata..


.. .. .. .. .. Bobelan IbuQis .. .. .. .. ..

Khamis, 7 April 2011

***'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...***

Assalamualaikum

InsyaAllah...ini n3 buat tatapan kita seme..IbuQis harap sama2lah kita ambik pengajaran ek..kebetulan IbuQis dok godek2 dlm PC IbuQis nih terjumpa cerita nih..xigt bila save ms ambik kt tenet..IbuQis baca ini cerita tangkap nangis ooooo....huhu...sadih bangat...

Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.


Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.


Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!


''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.


Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.


Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.


Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.


Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.


Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.


Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.


Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.


'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.


Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...


'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.


Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

.. .. .. .. IbuQis .. .. .. ..

***sudah sekian lama, kini ku muncul..hehe..***

Assalamualaikum

Alhamdulillah..dh lm IbuQis xberleter dlm blog nih..dok baca cerita org je..hehe..insyaAllah..akn bermula episod bercerita plak sudah sekian lama tinggalkan blog tercenta ini..Actually, IbuQis bkn xnak berblog nih, tp sifat kemalasan ada dlm diri nih..pastue lg 1, bila dh ada idea xada masa la plak..ye ke xde masa..haha..

Skrg IbuQis sahut cabaran & godaan Ummie Wafiy & Adik Sue kita tuh..suh update blog nih..ok..buat Ummie Wafiy & Adik Sue, skrg IbuQis dh start nk bercerita dh nih..hehe..nt jgn boring plak kalian semua tuk baca kesohhhh IbuQis ye..

Ok,,,insyaAllah..hr nih akan ada n3 lain lagi..

.. .. .. .. .. .. .. .. ..Bobelan IbuQis.. .. .. .. .. .. .. .. .. ..


DESIGNby : PUAN SUE - All Rights Reserved : BLOG AMBO=BLOG SAYA